TERJAH MEDIA: APA PENULIS WAJIB TAHU DAN BUAT? (Bhgn. 2)

JIKA di Bahagian 1 yang lepas saya kongsikan tentang persediaan sebelum anda terjah media, kali ini saya kongsikan pula tentang persediaan semasa terjah media. Moga sama-sama mendapat manfaat dan jangan lupa hebahkan kepada rakan-rakan lain ya.

SEMASA TERJAH MEDIA

  1. E-melkan manuskrip bersekali dengan biodata penulis sebagai rujukan kepada rumah penerbitan. Buat biodata ringkas seperti nama penuh, nama pena (jika ada), alamat lengkap, nombor telefon, nombor akaun bank dan lain-lain maklumat yang dirasakan perlu. [Biodata ringkas penting sebagai pengenalan diri kerana rumah penerbitan tidak semestinya kenal semua penulis, terutamanya jika anda merupakan penulis baru]
  2. Rajinkan diri untuk menulis serba sedikit di bahagian isi e-mel. [Jangan biarkan ianya kosong. Bayangkan jika orang masuk ke rumah anda tanpa memberi ucap salam, apatah lagi terus membawa masuk kasutnya yang berlumpur. Apakah perasaan anda?]

Baik. Itu serba ringkas persediaan yang anda patut lakukan semasa anda menghantar manuskrip ke mana-mana rumah penerbitan. Bersikap lebih profesional dan jangan sampai orang pandang rendah terhadap kemampuan kita, okey?

Jumpa lagi di Bahagian 3.

Penggerak Legasi Oakheart dan Kuras Buku.
Pen(ulis)jual Buku. Editor. Tipografer. Moderator. Aktivis Seni.

Penggerak Legasi Oakheart dan Kuras Buku. Pen(ulis)jual Buku. Editor. Tipografer. Moderator. Aktivis Seni.

1 Comment

  1. […] SAYA sudah kongsikan dengan anda tentang persediaan sebelum dan semasa mahu terjah media. Pautannya anda boleh klik di sini; Bahagian 1 dan Bahagian 2 […]

Comments are closed.