TERJAH MEDIA: APA PENULIS WAJIB TAHU DAN BUAT? (Bhgn. 3)

SAYA sudah kongsikan dengan anda tentang persediaan sebelum dan semasa mahu terjah media. Pautannya anda boleh klik di sini; Bahagian 1 dan Bahagian 2

Semoga dengan kedua-dua perkongsian sebelum ini, anda lebih bersedia untuk menghantar karya-karya yang anda telah tulis selama ini. Jangan lagi disimpan di bawah katil, atau hanya dipendam dalam fail-fail di komputer anda sahaja.

Baik. Kita teruskan dengan Bahagian 3. Moga sama-sama dapat inspirasi untuk berkarya seterusnya marilah kita sama-sama terjah media yang ada di Malaysia, mahupun di luar negara! Ayuh!

SELEPAS TERJAH MEDIA

  1. Semak status manuskrip dengan rumah penerbitan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan. Jika dapat maklum balas lebih awal, itu lebih baik. [Elakkan mendesak rumah penerbitan dengan sering bertanya tentang proses penerbitan, status manuskrip dan lain-lain pada setiap waktu. Fahami prosedur sesebuah rumah penerbitan dahulu.]
  2. Terus berkarya. Jangan patah semangat jika manuskrip ditolak. Anda kena tahu, manuskrip yang ditolak tidak semestinya tidak bagus tetapi mungkin tidak sesuai dengan rumah penerbitan tersebut. Cuba hantar di rumah penerbitan lain pula tetapi pastikan anda sudah semak semula manuskrip tersebut. Dapatkan respons sekiranya manuskrip anda ditolak.

Saya selalu berpesan kepada para peserta bengkel yang kami kendalikan (sebenarnya lebih kepada berpesan kepada diri sendiri):

“Penulis yang baik adalah penulis yang sanggup belajar memperbaiki penulisannya dan memastikan karya yang terkini akan lebih bagus daripada karya sebelumnya.”

Penggerak Legasi Oakheart dan Kuras Buku.
Pen(ulis)jual Buku. Editor. Tipografer. Moderator. Aktivis Seni.

Penggerak Legasi Oakheart dan Kuras Buku. Pen(ulis)jual Buku. Editor. Tipografer. Moderator. Aktivis Seni.