Swaterbit Buku Cara Bangpis

Belajar terbit buku sendiri cara Bangpis!

Hafiz Latiff menerangkan secara santai dalam format video cara beliau terbitkan buku dan bagaimana beliau membangunkan bisnes penerbitan buku tanpa sebarang pinjaman.

Apa yang bakal disentuh?

Saya Hafiz Latiff, akan berikan komitmen menjawab satu demi satu persoalan yang kerap ditanya kepada saya mengenai topik swaterbit.

Bagi siri pertama video ini, saya jawab senarai soalan di bawah ini dan beberapa persoalan tambahan lagi.

  • Terbit sendiri atau hantar kepada penerbit?
  • Bagaimana mencetak buku dan berapa kosnya?
  • Bagaimana mengupah editor bagi mencantikkan isi buku?
  • Macam mana mohon ISBN & PDP?
  • Bagaimana memasarkan buku?
  • Menjual buku terbit sendiri kepada lebih ramai pembaca?
  • Bagaimana mahu edar ke kedai buku?
  • Susunan kandungan buku yang bagus.
  • Bagaimana pembayaran untuk buku yang ada co-writer?

Siapa Hafiz Latiff?

Seorang usahawan kafe buku, pen(ulis)jual buku, penerbit, perunding penerbitan & pencetakan, editor, tipografer, moderator dan pengacara. 

Pengasas Legasi Oakheart, Kuras Buku dan Kafe Buku Oakheart (#KABO).

Yuran Kebijaksanaan

Video dalam talian (online) ini saya buat khas bagi mendanai perjalanan saya menuntut ilmu. 

Bagi mereka yang mahu video ini perlu bayar RM50 sahaja! 

RM3 UNTUK KENANGAN

BERAPA nilai yang awak sanggup bayar demi mencipta kenangan, apatah lagi ‘membeli’ kenangan? Ada orang pernah cakap, “Yang paling menarik tentang memori adalah sewaktu menciptanya.” Jadi, apa yang sudah kita ciptakan hari ini?

Seawal pagi tadi, di suapan berita Facebook saya, ramai teman yang berkongsi tentang usaha yang dibuat oleh Berita Harian (BH), terutamanya PETRONAS dalam mengembalikan memori yang dicipta 60 tahun lalu. Ya, saya memaksudkan 12 halaman akhbar BH yang diterbitkan pada 31 Ogos 1957 yang diselitkan dalam BH hari ini.

Berita Harian 31 Ogos 1957 (@hafizlatiff111)

Kami keluar dari rumah sekitar pukul 2 petang. Saya pada ketika ini sudah beranggapan bahawa akhbar ini tidak akan terdapat lagi di mana-mana kedai. Namun, nasib menyebelahi kami, di 7 Eleven pekan lama Nilai, masih ada beberapa BH di atas rak.

MEMBANGUNKAN RUMAH PENERBITAN

SEHINGGA Jun 2017, sebanyak 206 buah syarikat penerbitan yang berdaftar sebagai ahli di Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Kiraan sasar saya, sekiranya termasuk dengan para penerbit yang tidak berdaftar sebagai ahli, mungkin saja lebih kurang 250-350 buah syarikat penerbitan yang wujud dan masih aktif di Malaysia.

Begitu banyak sekali rumah penerbitan yang pastinya menawarkan kepelbagaian dalam hidangan bahan bacaan buat kita semua. Tetapi, bagaimana mereka memulakan dan seterusnya membangunkan rumah penerbitan? Siapakah yang berada di belakang tabir ketika proses menyiapkan buku-buku yang beredar di pasaran?

Anda mahu tahu? Jom kita berkenalan dengan beberapa watak yang menjadi tunjang utama dalam pembinaan sesebuah rumah penerbitan.

5 KRITERIA MEMILIH BUKU BERKUALITI

KITA cuma ada RM100, tetapi buku apa yang kita mahu beli? Kita ada 365 buah buku untuk dibaca (jika 1 hari = 1 buah buku), tetapi berapa banyak hari kita berasa kecewa dengan buku yang kita baca?

Pernah beli buku dan akhirnya tak habis baca, malah diletakkan pula dalam tong kitar semula? Pernah pilih buku hanya disebabkan judulnya yang menarik, tetapi akhirnya kecewa dengan pengisian buku tersebut? Apatah lagi memilih buku hanya disebabkan kawan yang cadangkan?

Sememangnya memilih buku yang berkualiti itu amatlah sukar. Ada pula yang kata, buku berkualiti itu kan subjektif? Terserah kepada selera masing-masinglah buku yang bagaimana yang berkualiti buat dirinya. Ya, mungkin betul. Tetapi, bagaimana pula kalau ia salah?

TERJAH MEDIA: APA PENULIS WAJIB TAHU DAN BUAT? (Bhgn. 3)

SAYA sudah kongsikan dengan anda tentang persediaan sebelum dan semasa mahu terjah media. Pautannya anda boleh klik di sini; Bahagian 1 dan Bahagian 2

Semoga dengan kedua-dua perkongsian sebelum ini, anda lebih bersedia untuk menghantar karya-karya yang anda telah tulis selama ini. Jangan lagi disimpan di bawah katil, atau hanya dipendam dalam fail-fail di komputer anda sahaja.

Baik. Kita teruskan dengan Bahagian 3. Moga sama-sama dapat inspirasi untuk berkarya seterusnya marilah kita sama-sama terjah media yang ada di Malaysia, mahupun di luar negara! Ayuh!

TERJAH MEDIA: APA PENULIS WAJIB TAHU DAN BUAT? (Bhgn. 1)

SESIAPAPUN boleh menulis atau teringin menjadi penulis atau teruja menggelarkan dirinya sebagai seorang penulis. Bukan sahaja itu, kini, ramai juga yang ingin menjadi penerbit. Maka, lahirlah lambakan bahan penulisan dan juga wujudnya lambakan penerbit (tak kisahlah mereka wujud atas label apa yang mereka inginkan).

Saya tidak mahu menyentuh hal lambakan penerbit dalam penulisan kali ini. Saya akan sentuh hal ini nanti. Sengaja saya nyatakan lebih awal supaya memberi peringatan kepada diri saya dan juga pembaca/penulis/penerbit budiman sekalian.

Topik kali ini mengenai persediaan yang seseorang penulis wajib tahu atau buat sebelum, semasa dan selepas menghantar manuskrip atau karyanya ke mana-mana media yang diingini. Saya tertarik untuk berkongsi tentang hal ini atas beberapa sebab, iaitu: