SANG PEMUISI ROMANTIS DI ISTANA SENI

AKU pernah mengunjungi sebuah istana agam bernama seni.

Sang penjaga membuka pintu dan bertanya, “Siapa kau?” “Aku sarjana.” “Apa hasratmu datang ke sini?” “Aku dikhabarkan di sini ada orang yang boleh menolongku mengenali diriku dan manusia dan alam dan peristiwa, malah angkasa raya dan Tuhan sarwa alam.”

Sang penjaga mempelawaku masuk. Tetapi dipintanya aku tinggalkan selipar logikaku dan jubah sarjanaku di luar, di muka pintu. “Bukan apa, ada segelintir penghuni di sini yang cukup mencurigai logika dan kesarjanaan, malah takut bersemuka dengannya.”

“Maafkan aku sang penjaga kerana selipar dan jubah ini sudah erat terlekat di tubuhku. Mana mungkin kutanggalkannya, sedangkan ia sudah menyatu dengan jasadku? Selipar inilah peneman langkahku dan jubah inilah penyalut tubuhku ketika aku menyusuri dunia demi dunia, memasuki ruang demi ruang, menemui susuk demi susuk. Berkurun-kurun sudah kubawanya ke mana-mana. Dari hutan belantara ke padang saujana ke gurun datar ke samudera dalam. Dari mimbar masjid ke bangku warung ke kamar tidur ke bilik pustaka ke meja makan. Malah ke mangkuk tandas.”

Sang penjaga akur. Diizinkan aku masuk, dengan berselipar dan berjubah.

Penerbit. Pemilik #KABO (Kafe Buku Oakheart).

7 FAKTA TENTANG RATU SAYEMBARA NOVEL MALAYSIA

Ketika Ngopi Bersama Sri Rahayu Mohd Yusop pada November lalu, beliau mendedahkan 7 fakta eksklusif di #KABO. 7 fakta tersebut seperti berikut:

  1. Manuskrip selepas novel pertama beliau berjudul “Empayar”
  2. Manuskrip “Empayar” telah dibakar setelah tidak memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tanpa ada sebarang tinggalan sama ada dalam bentuk salinan keras ataupun salinan lembut
  3. Pengarang yang menjadi kegilaan beliau ialah J.K. Rowling
  4. Sebenarnya, “Warisnya Kalbu”, “Qalam Kalbu” dan “Empunya Kalbu” merupakan trilogi.
  5. Kesemua karya beliau kecuali “Empayar” telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Sayembara Novel ITBM-PENA-BH.
  6. Ngopi Bersama Legasi Oakheart merupakan sesi pertama beliau berkongsi pengalaman penulisan bersama-sama khalayak.
  7. Rahsia “Empayar” buat pertama kalinya didedahkan secara umum di Ngopi Bersama Legasi Oakheart.

Penerbit. Pemilik #KABO (Kafe Buku Oakheart).