7 FAKTA TENTANG RATU SAYEMBARA NOVEL MALAYSIA

Ketika Ngopi Bersama Sri Rahayu Mohd Yusop pada November lalu, beliau mendedahkan 7 fakta eksklusif di #KABO. 7 fakta tersebut seperti berikut:

  1. Manuskrip selepas novel pertama beliau berjudul “Empayar”
  2. Manuskrip “Empayar” telah dibakar setelah tidak memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tanpa ada sebarang tinggalan sama ada dalam bentuk salinan keras ataupun salinan lembut
  3. Pengarang yang menjadi kegilaan beliau ialah J.K. Rowling
  4. Sebenarnya, “Warisnya Kalbu”, “Qalam Kalbu” dan “Empunya Kalbu” merupakan trilogi.
  5. Kesemua karya beliau kecuali “Empayar” telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Sayembara Novel ITBM-PENA-BH.
  6. Ngopi Bersama Legasi Oakheart merupakan sesi pertama beliau berkongsi pengalaman penulisan bersama-sama khalayak.
  7. Rahsia “Empayar” buat pertama kalinya didedahkan secara umum di Ngopi Bersama Legasi Oakheart.

Penerbit. Pemilik #KABO (Kafe Buku Oakheart).