CANTUMAN MIMPI

RM35.00

“Antologi ini adalah sebuah karya sastera yang perlu didukung terutamanya pada zaman anak-anak muda menjadikan penulisan sebagai saluran eskapisme liar dan peluahan perasaan yang cemar oleh tulisan-tulisan semi-porno, sifar nilai dan sifar etika. Ini terlihat terutamanya kepada golongan anak muda yang kononnya indie (independent) dan memanifestasikan kebebasan individu sebebas-bebasnya. Tulisan mereka akhirnya menjadi liar, melanggar tatasusila, cemar, merosakkan dan tidak bertanggungjawab. Ternyata antologi cerpen yang terhasil di tangan kelompok penulis muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Legasi Oakheart ini menjadi antitesis kepada golongan anak muda yang tidak terkawal tersebut. Malah cerpen-cerpen dalam antologi ini cukup kuat untuk mendirikan kerangka moral dan nilai yang asas kepada diri anak muda, sekali gus menyanggah eskapisme liar anak-anak muda yang tidak menemukan intipati agama dan moral dalam matlamat hidup mereka.”
-S.M. Zakir-

Out of stock

Categories: , Tag:

Penulis: Fathul Khair Mohd Dahlan, Hamidah M.H, Masturah Mohd Zin, Misraini Wazir, Muzammil Rahim, Balqis Hannah, S. Fatimah Said, Sayidah Mu’izzah, Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Syafie Mahyani, Nora Nabila, Syamil Adzman, Faratira Aimiza, Khaliq Ghazali, Wafa Awla Alias, Shamsul Amin, Sanisha Bogaraja, Hafiz Latiff
ISBN: 978-967-430-220-7
Tahun Terbitan: 2013

Penerbit. Pemilik #KABO (Kafe Buku Oakheart).