MELIUKNYA API PELITA ITU

RM25.00

“Meliuknya Api Pelita Itu adalah sebuah dunia surreal. Di tangan Lokman, beliau mewujudkan watak manusia berjasad kaca, orang kerdil di atas bahu, bebola mata yang menyimpan kenangan dan insan yang percaya dirinya adalah pintu.

Dengan naratif yang rumit dan perlambangan yang asing, pembaca diminta untuk melucutkan pakaian logik; relakan diri dibasahi warna-warni cerita aneh dan menikmatinya sepenuh hati.

Aku rasa cerpen-cerpen Lokman jauh lebih gempak berbanding novel beliau. Lokman seharusnya terus fokus mengasah bakat penulisannya dalam genre ini supaya nama beliau terpahat sebagai cerpenis agung dalam peta kesusasteraan kita.

3 cerpen terbaik daripada buku ini? Gerabak, Sasterawan Siluman dan Kisah Sekumpulan Orang Kerdil Menghuni Bahu Manusia yang Kepenatan.”
-Iman Danial Hakim-

49 in stock

Penulis: Lokman Hakim
Ilustrator: Damd Ahmad
ISBN: 978-967-15833-0-2
Tahun Terbitan: 2018

Penerbit. Pemilik #KABO (Kafe Buku Oakheart).