RETROSPEKSI

RM20.00

“Di Malaysia, kebanyakan penulis muda berjinak-jinak dahulu dengan puisi, walaupun dalam masa yang sama mereka mungkin lebih cenderung kepada genre cerpen, drama atau novel. Barangkali kerana bentuknya yang ringkas, serta dapat dilengkapkan dalam beberapa rangkap, puisi kelihatan begitu mudah dihasilkan, walaupun realitinya tidaklah semudah itu.

Puisi-puisi penulis muda, termasuk yang terdapat dalam antologi Retrospeksi ini, memperlihatkan luahan apa yang saya namakan sebagai ‘ekspresi pandangan pertama’, sehingga salinannya tentang alam, manusia, peristiwa dan idea tampak begitu langsung dan jujur sebagaimana seseorang remaja melihatnya dan mahu mencurahkannya di atas kertas.

Sejumlah 55 buah puisi oleh 11 orang penulis dalam antologi ini menawarkan kepelbagaian gaya ekspresi serta persoalan. Mereka diikat dengan rasa kekitaan kerana berada dalam latar kampus yang sama.”
-SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan-

Out of stock

Category: Tag:

Penulis: Amira Zahra’, Farah Azyan Izzati, Fatin Wahab, Faziliya Iliya, Haji Zainuddin Mohd Ottok, Mimie Zakaria, Nurul Atikah Rusly, Shafiah Shafiee, Shuhada Maniyamin, Suhana Hassim, Sayidah Mu’izzah
ISBN: 978-967-430-219-1
Tahun Terbitan: 2013

Penerbit. Pemilik #KABO (Kafe Buku Oakheart).